13 Jul
Cinta Overdose.
Aduuii..banyak betul dos cinta akhir-akhir ni. Bukan cinta aku,tapi cinta orang lain.hehe..
1. Kisah cinta seorang blogger. Tiba2 ada seorang pembaca blog dia datang melamar.haha.. kawen dan sekarang menjadi surirumah di Brisbane, Australia. Tak ke indah tu? Aku tak berharap jadi begitu, nanti aku pening kalau stranger datang melamar.haha..
2. kisah cinta kawan aku, Huda. Dia tak kenal pun suami dia dan kali pertama tengok wajah suami dia sewaktu bertunang.Arkk, wujud lagi cinta macam ni? Kagum!! Dua bulan after bertunang, dorang kawen.
3. Kisah cinta kawan aku Mira. Dalam Mira bercinta dengan orang lain, lelaki itu (suami dia la sekarang) datang masuk line. Akhirnya dorang kawen. So sweet.. sekarang dorang punya baby is on the way (pregnant daaa).

Aku pulak.. hihi..nak jugak citer dia. Mesti la, blog aku kan.. tamat praktikal, aku dok lepak kat umah dari bulan Mei sampai la bulan Nov. Dan aku telah membuat resolusi baru!!
Aku tidak lagi akan mengejar cinta!! Pergghh, mantap! Korang percaya? Aku pun macam tak percaya jugak.haha. Pernah ke aku mengejar cinta? Macam tak. Cinta yang datang pada aku. So, i have to entertain and decide wether to accept or reject. That’s it! Maksud aku, tak mengejar cinta adalah taknak dah fikir dan risau soal cinta.
So, bila dah tak kejar cinta.. aku nak kejar apa? Aku mengejar harta. Wakakka.. Tak, maksud aku, aku perlu kumpul harta dulu sekarang. Some sort like, beli rumah, beli kereta, bukak bisnes gitu la. Bukan aku materialistik. Eh, aku memang materialistik.
Meh kite adakan kelas kita hari ni. Tajuknya M.A.T.E.R.I.A.L.I.S.T.I.C..
Ada dua jenis orang yang materialistik.
1. orang atau perempuan yang mengejar harta orang lain. Contohnya, mencari suami yang kaya demi kepentingan dan kemewahan diri sendiri.
2. orang atau perempuan yang berusaha sendiri untuk hidup mewah dan senang tanpa mengikis atau menumpang harta suami. Kalau dapat suami kaya ria, kira rezeki la kan.
Okay, aku jenis yang kedua. So, I am materialistic. Who’s not?
Nanti la entry lain aku cite ‘Kenapa saya perlu jadi kaya. Bukan saya nak jadi kaya.’
11 Jul
Mixed feeling..
Aduh..susah betul nak mulakan entry satu2 entry.. Tapi bila dah mula, terus lupa dunia.hehe..
Err, baru je taip ayat di atas, Umi ajak pegi umah jiran plak, kenduri kesyukuran.. I wonder, siap ke tak entry aku kali ni.huhu..
~ ~ ~
after 48 hours baru sambung balik. Isk2.. gomen ne~
There are few things aku nak tulis hari ni.
- Semalam aku dapat msg dari students aku kat sekolah aku praktikal dulu. Classmate dorang nama Hafiz, meninggal dunia lemas kat sungai. Aku kenal sangat2 dia. Al-fatihah..
- Bila dapat berita pasal Hafiz, teringat smula kes budak batch aku kat MRSM yang meninggal dunia jatuh bangunan. I dont think it was a suicide. Cuma kes arwah masih misteri sampai hari ni. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini. Al-fatihah buat arwah Wan Siti Farihan (5 Bestari MRSM Jeli 2002-2003)…More info.
- Lagi berita kematian.. siapa lagi kalau bukan Michael Jackson. Paling sedih bila tengok ucapan dari anak dia, Paris Jackson masa memorial tu.
Wokey, aku nak isytiharkan pembukaan page Gambattei!! Sebagai usaha aku untuk belajar bahasa Jepun. So, dalam page tu nanti akan ada simple phrases bahasa Jepun beserta maknanya sekali yang selalu aku gunakan time blogging. Hope u guys but especially me dapat manfaat la seposen dua dari page tu.huhu..

nota tangan: berusahalah seperti akan hidup selama-lamanya, beribadatlah seperti tiada hari esok.
29 Jun
Gathering@Tok Bali.
After a week of planning, here comes the day that we’ve been waiting!!
Semalam aku n member2 skolah rendah dahulu kala pergi Pantai Tok Bali. Actually aku plan pegi Pantai Melawi, sekali dorang melencong pergi Tok Bali, aku ikut je la. Mastermind untuk gathering kali ni, tak lain dan tak bukan, aku la. Selalu kitorang wat reunion kat foodcourt shopping complex je. Sampai dah muak sebut nama shopping complex tu.
So, semalam kitorang konvoi 5 buah kereta. Aku sorang je girl yang drive. Yang lain semua boys.huhu.. jangan pandang rendah pada aku walo aku rendah.hahaha..

Memang seronok la reunion kali ni. Dan yang paling mesra. Yang lawaknye bile tengok dorang bickering. Iba tak puas hati dengan Mira sebab dia tak tahu Mira dah kawen. Mahera dok perang mulut dengan Rasfan sebab budak tu banyak songeh betul. Kami juz jadi penonton je.
Pastu kitorang bagi chance update latest citer masing2. Yang amik degree, tengah menganggur macam aku ada 4 orang. Yang abih diploma, sume pakat sambung degree. Kesimpulannya, kami jadi orang yang berguna.hehe..

Big thanks to Afiq, sudi sponsor kek untuk kami.

Hihi..

Izza, macam ni ye cara nak bakar ayam. tunjuk ajar dari chef Rasfan.
Sebelum ni kalau reunion, girls juz cakap ngan girls, boys lak sesame boys je. Dah lupa yang zaman dahulu kala mereka ni sangat close. Juz diz time, dorang jadi normal macam dahulu kala.


peace to the world. almost 70% aku yang buat untuk jayakan hari ni. not to worry, i got paid.haha..

Meor, Mijie, aku. blakang aku lak Mahera.

ni time dok updating cite masing2.

shirhafiz kene soal macam pesalah lak.haha..

time to go home. hmmm..

on the way balik, kitorang berenti solat Zohor kat Masjid Kubang Kerian.
Balik dari Tok Bali, kitorang hantar sapa yang kene dan perlu balik umah. Pastu pegi sambung lagi kat restoran. Aku, Mijie, Afiq, Mahera, Shidah, Iba n Muiz. Afiq blanje. Hehe..moga murah rezeki. Haha.. memang sangat best.
Footnote: All the best to Mijie for his job interview today
27 Jun
I like you, you stupid!
I always missed the peak part. Maybe me, myself that make the other part afraid of telling their feelings. Afraid of a rejection. Perhaps afraid that things might go worse after the confession.
Today I met someone, who once was apple of my eyes. Surprisingly, still the same. But I got some dark clouds over me. I guess he got someone. Maybe that’s how things should do.
I can’t complain nor doing anything. From the start. Not when I have to put my pride on the stake. Even I got some dark clouds as dark as the weather this evening, I still enjoy the reality that I spend some time with him.
It was just as sweet as we smiled in each other’s gaze. Sitting side by side and laughing together. I wonder if the feelings are still there. Maybe I should try with something like ‘I like you, you stupid!’.haha..
Damn all these feelings!!

23 Jun
Mother’s Day.. tag edition.
Lila tagged aku sempena Mother’s Day.
Perkara yang perlu dilakukan:
- Letak gambar ibu anda bersama anda.
- describe pasal gambar tersebut. Event, tarikh, hari dsbg.
- macam biase, tag orang lain pulak.

![]()
1. Kak Sa
2.Faizal
hehe…so, selamat menjawab tag. Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu di atas muka bumi ni, tak termasuk ibu ayam dan ibu kaki. Termasuk la bakal-bakal Ibu sekalian.Peace~
28 Apr
Part 3: Oh Starry, Starry Night..
Bangun pagi kami bersiap ke rumah lama tu, kami angkut semua barang-barang. Cukup la untuk 2 trip mengangkut. Nasib baik la Big Boss a.k.a Abah tersayang bagi kereta untuk praktikal ni.
Walaupun kami hanya menyewa bilik di rumah flat, tapi Alhamdulillah semuanya OK. Tiada lagi kesunyian, risaukan binatang buas, bekalan air pun cukup, faktor keselamatan pun ok.. Phewww~ penat aku bercerita. Menaip 3 entri sekali gus.
Tapi aku rindukan rumah lama tu. Owh, apakah yang mngikat hatiku di situ? Hahaha.. takde lah. Cuma angin bertiup pada waktu petang kat rumah tu memang sangat indah. Aku siap plan nak beli tikar, nak picnic tepi rumah. Memang sangat damai.
Aku memang akan stay kat rumah tu KALAU dari aspek keselamatan aku terjamin. Tapi, itu la. Rumah tu tak terurus. Bukan nak salahkan pihak sekolah ke ape. Tapi aku sangat bersyukur, sekurang-kurang aku dapat pengalaman baru bermalam di tempat begitu. Hehe.. kira berani jugak la aku ni ek. Selain tu, aku juga dapat berfikir betapa beruntungnya aku berbanding dengan kawan-kawan lain yang lebih kasihan.
28 Apr
Part 2: A Night With Stars..
<<lagi entry dahulu kala..>>
Bila bangun pagi takde lah rasa seram sangat. Tapi rumah tu sangat sunyi. Cuma bunyi ayam di luar rumah je yang memecah kesunyian. Ayam orang kampung tu jugak agaknya. Aku berjaga-jaga gak kalau-kalau ayam tu bising, kot la ada ular datang menyerang ke. Macam komando plak aku ni.
Nak memburukkan lagi keadaan rumah tu takde air. Petang semalam, dah pun mandi di toilet guru kat bangunan sekolah. Hahaha.. mencabar betul. Semalam dah pun mengangkut air kot-kot emergency tengah-tengah malam. Even sekolah tu dekat sangat dengan rumah tu, tapi aku tetap pergi dengan kereta. Tak berani nak meredah lalang yang sama tinggi dengan aku.
Rasa macam camping pun ada. Air takde, kawasan sunyi, risiko binatang berbisa dan jugak gangguan manusia serta makhluk halus dan kasar. Huhu..
Bila check balik, rumah tu ada serombong asap di dapur. Melalui serombong tu, macam-macam boleh masuk. Bukan setakat Santa Claus. Rusa Santa pun boleh masuk. Uuhuhuhu..cermin rumah especially untuk tingkap bilik hanya guna cermin Nako. Entah betul ke tidak aku eja ni. Lantak la.. kemudian ada la jaring di sebelah dalam rumah. Tapi jaring tu, aku pun boleh potong guna gunting.uhuhu.. apatah lagi manusia lain yang berniat jahat. Kunci rumah pulak, aiii.. sekali orang tendang, pintu pun boleh tercabut.
Aku dengan syikin menghabiskan masa dengan baring merenung siling yang confirm kalau hujan, air akan menitik. Huhu.. pastu mengeluh. Sebab tak tahu nak buat apa. Dah plan dah, kalau pakcik tukang kebun taknak datang mesin rumput kawasan rumah tu, kami sanggup pinjam dan buat sendiri. Hahaha.. sampai tahap tu.
Oleh kerana rumah tu dah lama ditinggalkan, berkemungkinan besar makhluk lain datang menghuni. Bukan superstitious, tapi makhluk sebegitu tetap wujud dan telah pun Allah nyatakan dalam Al-Quran. Aku dengan Syikin tak putus-putus baca doa supaya kami berdua dilindungi. Bila aku nak bukak pintu atau lalu depan bilik kosong yang lain, aku seolah-olah dah bersedia untuk nampak apa sahaja. Aku pun tak tahu bersedia nak buat apa kalau terjumpa apa-apa.. haha.. nak menjerit ke, nak tangkap benda tu ke, nak kejar ke nak lari. Tapi aku macam dah set dalam kepala aku sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tapi Alhamdulillah tak ada benda pelik yang berlaku sepanjang aku kat situ.
Aku dan syikin dah siap jadi tok bomoh jap hari tu. Orang kata ular tak suka pada bau limau purut. Tengah hari tu kami pergi pasar beli limau purut banyak-banyak sampai penjualnya tegur ”nak bomoh pe ni, dik?”..hahhaha…kami sapu limau purut tu kat tingkap, pintu dan lubang-lubang rumah. Bila dah desperate macam ni, apa-apa pun kami sanggup buat. Kalau tak mengalami sendiri, boleh gelak je bila orang cerita. Hehe.. normal la tu.
Pada waktu Maghrib aku dan syikin dah bersedia nak menghadapi malam seterusnya. Pintu dah kunci awal-awal. Tiba-tiba kawan syikin sms and offer bilik untuk disewakan. Aku terus sanggup pergi tengok bilik tu malam tu jugak. Lepas maghrib aku ke rumah kawan syikin, lepas isyak pergi jumpa tuan rumah, pergi tengok bilik. Sebelum 10.30 malam, kami dah pun siap angkut toto masuk bilik tu.hahahaha.. punya la laju giler. Sebab dah tak sanggup nak bermalam di haunted house tu lagi dah.
14 Feb
Part 1: A Night Without Stars..
<<baru sempat nak update entries dahulu kala..>>
Bila aku sampai rumah guru untuk pengetua yang diberikan kepada kami untuk menginap, aku memang shock giler.. boleh ke orang tinggal dalam umah ni? Rumah banglo setingkat 4 bilik. Rumahnya berbentuk L. Dari ruang tamu ke dapur, memanjang ke bilik orang gaji dan juga stor. Kemudian dari ruang tamu memanjang lagi 90o ke 3 bedroom dan 2 bilik air. Sekali tengok macam hospital. Ruang tamunya sangat luas, boleh main beskal kat dalam umah tu.
Separuh hari kami amik masa untuk sapu rumah, tutup lubang-lubang. Rumah tu entah zaman apa dibina. Pelik betul. Macam haunted house. Haha.. plug dan suis macam rumah nenek aku. Bukan standard kaler putih yang kotak-kotak macam rumah korang tu. Tapi bulat kaler dark brown. Rumah tu banyak betul lubang pengudaraan yang menggalakkan binatang ’menjalar dan merayap’ masuk ke dalam rumah..
Part yang lagi best, tengah kemas-kemas, terjumpa la kulit ular yang ditinggalkan dalam almari pakaian. Ala, ular bersalin kulit, kulit tu la yang ditinggalkan. Aku macam, err betul ke aku nak tinggal kat sini ni? Tapi bila dah check semua kawasan rumah, macam selamat la kot.. K.O.T!!
Daripada maklumat yang sampai kepada aku, sebelum ni ada guru tinggal kat situ. Tapi bila suaminya dapat pindah, si isteri pun dah tak bermalam di rumah tu. Dia menumpang rumah saudara mara. Kemudian bila mereka completely move out, rumah tu ditinggalkan kosong selama 3 or 4 months before kitorang datang. Dalam masa tu la agaknya ular datang bersalin kulit.uhuhu..
Tu baru cerita hal dalam rumah. Banyak la jugak perabot yang takleh pakai dalam rumah tu. Di luar rumah plak, semak samun sekeliling rumah. Macam dah nak tertutup jalan ke rumah tu. Even rumah tu masih dalam kawasan sekolah, tapi sangat terbiar. Siap ada tertulis ’KAWASAN LARANGAN’.hahhaa..
Bilik yang paling elok adalah bilik paling hujung, yang mana setiap kali nak masuk bilik tu, aku kene lalu dulu di hadapan bilik-bilik lain. Uhuhu.. seram..
Malamnya, aku dan syikin a.k.a partner praktikal aku keluar. Ada pasar malam depan sekolah. Dah la setiap kali nak keluar, kene minta pakgad bukak pintu pagar sebab rumah tu dalam kawasan sekolah. Macam tahanan pun ade gak rasenye.hehe..
Sebelum jam 11.30 malam, aku dah terus lena dibuai mimpi sebab penat sangat. Kalau aku terjaga tengah-tengah malam, tak tau la cemana. Tapi sebelum lelap tu, rasa gak homesick sebab sangat-sangat sunyi. Sempat aku terfikir, pagi esok nak drive balik umah. Sebab lagi 2 hari baru start sekolah. Haha.. kalau balik pun ok je, drive tak sampai 3 jam.

bermula la khidupan aku kat sini…huhu..
12 Feb
A new phase of life.
Dah hampir sebulan aku praktikal kat sekolah ni. Somewhere in Kuala Terengganu. Since susah nak online, so aku pun jarang update. Banyak giler aku nak cerita. Hari ni je aku sempat blogging sebab aku balik rumah 3 hari. Wi-fi kat skolah dah block wordpress..uhuhu, kejamnye.
Almost everyday, ada je benda menarik yang berlaku. Kadang-kadang nak tergelak, kadang-kadang nak menangis. 70% are about students. Praktikal mengajar aku situasi sebenar alam pekerjaan dan kerjaya cikgu ni. Semua orang fikir jadi cikgu tu mudah, tapi tak jugak sebenarnya. Tapi yang pasti, kerjaya ni sangat menarik. Aku akan pastikan aku tak menyesal dengan pilihan parents aku. For all teachers out there, bersama kita memartabatkan profesion keguruan. Perghhh, skema giler ayat ni. Hahaha..

Adik aku kate aku makin chubby. Aku pun rasa macam tu.. Isk, need to do something about this. I dont want to be ‘cute’.

What they said..