Macam pelik je. Well, Bahasa Melayu aku memang teruk.huhu.. Tapi taklah seteruk Gube yang sesuka hati menggunakan perkataan ‘langsai’ untuk perkataan ‘langsing’.huhu. Jauh maknanya tu.Bahasa Melayu dia sangat teruk.
Yang menjadi krisis sekarang adalah Kata Ganti Nama Pertama iaitu Saya, dan Kata Ganti Nama Kedua iaitu Awak.
Pic credit: strategicprofits.com
Bermula dari upper secondary school, iaitu sejak aku mendaftarkan diri di MRSM Jeli, aku dah tak guna perkataan ‘Saya’. cukuplah zaman skema aku di Naim dulu.haha.. sebaliknya aku lagi suka membahasakan diri aku sebagai ‘Izza’. Dengan kawan perempuan aku akan sebut nama aku dan nama orang yang sedang berbicara dengan aku. dengan kata lain, kata ganti diri di sini adalah nama masing-masing. Ada juga yang guna ‘Aku, Mung’.
Tapi bagi family aku, ‘Aku, Mung’ adalah sangat kasar untuk didengar. Zaman kecik-kecik dulu, teruk kitorang kena marah kalau guna ‘Aku, Mung’ bila berkomunikasi antara adik-beradik.
Dengan kawan lelaki pulak, aku lagi senang ber‘ Aku, Mung’. Bahasa Kelantan, Mung itu bermaksud ‘kamu’ atau ‘ko’. Cuma ada lah satu makhluk yang lebih senang aku berkomunikasi menggunakan ‘Saya,Awak’. Abaikan dia. Dah takde dalam senarai kawan dah dia tu.
Bila dah masuk matrik dan menjejakkan kaki ke menara gading (wehh, giler skema ayat aku nih) komunikasi antara kawan-kawan pun mula berevolusi. Sebab member-member tak ramai dari Kelantan. Kalau aku cakap kelantan, mula la communication breakdown. Dengan girlfriends masih lagi guna nama sebagai ganti diri. Dengan kawan-kawan lelaki, lagi senang ‘Aku, Ko’.
Bila dah masuk universiti, member-member rapat yang berstatuskan gadis, aku lagi senang guna ‘Yang, Ling, You, I’. Komunikasi dengan lelaki berkurang dengan mendadak memandangkan UPSI dipenuhi dengan makhluk berkromosom XX. kromosom XY tak banyak pun.. Kalau ramai pun, takde yang berurusan dengan aku.haha..
Sekarang, seiring dengan perkembangan social network, aku mula contact kawan-kawan lama. Ada jugak member dari MRSM yang masa study dulu tak penah cakap, sekarang berbaik-baik di dalam Facebook. So, apa yang patut aku panggil kat dorang ni? ‘Aku, Mung’ dah lama aku tinggalkan.‘Aku, Ko’ pulak, diorang ni orang kelantan. takkan nak guna nama masing-masing.Macam pelik. seterusnya, kejanggalan untuk membahasakan diri ini berterusan.huhu.. sehingga ke saat aku menulis ni.
Ditambah pula dengan social network mak aku. Well, dia tengah cari calon untuk anaknya ini.huhuhu.. OK, if someday (IF ok..hanya IF) aku kena berkenalan dengan orang yang lebih tua dari aku. Beza 5,6 tahun. Kenal je la dulu, takkan kawen terus kot. What should i call him? Abang? Oh tidaakkk.. prinsip aku ‘Abang’ hanya untuk seorang saja. Belum sampai waktu, jangan harap gelaran ‘Abang’ itu akan meniti di bibir ini. Dah tu nak panggil dia apa? Awak? hahaha.. ko ingat ni zaman monyet bercinta dulu ke? Teori Darwin sungguh!!
Kat rumah, nama panggilan aku Ayu. haha.. aku pun nak tergelak bila fikirkan orang panggil aku Ayu. sebab zaman aku baca novel dulu, orang nama Ayu ni macam gedik. tu la bayangan nama Ayu bagi aku bila aku lupa nama aku ni Ayu. Cuba ko kenal aku untuk tahu segedik mana aku.Waakaka..mengong! Ada jugak some close friends panggil aku Ayu. Jadi bila berkumpul close friends dan jugak dengan yang tak berapa nak close nih, aku tak tahu nak bahasakan diri aku Izza atau Ayu.
Sedara mara hanya tahu nama aku Ayu. Sebut Izza, dorang akan kata, takde dalam family dorang nama Izza.huhu..
So, tu lah nak cite nye. krisis nama panggilan dan kata ganti diri.
Posted by Lila on October 13, 2009 at 3:37 pm
nak pggl u ayu jugak! haha ♥.•´¯`•.¸¸.•.
ehh sini xde RSS feed ke? slalu miss your updates je..
Posted by arasis on October 14, 2009 at 3:29 am
ngade!! haha..up to u.orait je.
tarak, nanti kene setting.huhu..
Posted by Lila on October 15, 2009 at 4:19 pm
ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (✿◠‿◠)
Posted by mYseLf on October 16, 2009 at 8:42 am
aayyyyyyyyuuuuuuuuuuuu!!!
wes, ksa smpai kb kameh ni. ptg leh la nk beronggeng jap. amacam? set la dgn sape2 lg..
berita mutakhir mesti di”update”!
p/s: charkuewteow kamoo nmpk menyelerakan terutama bg daku yg posa ni. haih!! tp x mnt pn dgn mknn tu..lalala~~