Part 2: A Night With Stars..

<<lagi entry dahulu kala..>>

Bila bangun pagi takde lah rasa seram sangat. Tapi rumah tu sangat sunyi. Cuma bunyi ayam di luar rumah je yang memecah kesunyian. Ayam orang kampung tu jugak agaknya. Aku berjaga-jaga gak kalau-kalau ayam tu bising, kot la ada ular datang menyerang ke. Macam komando plak aku ni.

Nak memburukkan lagi keadaan rumah tu takde air. Petang semalam, dah pun mandi di toilet guru kat bangunan sekolah. Hahaha.. mencabar betul. Semalam dah pun mengangkut air kot-kot emergency tengah-tengah malam. Even sekolah tu dekat sangat dengan rumah tu, tapi aku tetap pergi dengan kereta. Tak berani nak meredah lalang yang sama tinggi dengan aku.

Rasa macam camping pun ada. Air takde, kawasan sunyi, risiko binatang berbisa dan jugak gangguan manusia serta makhluk halus dan kasar. Huhu..

Bila check balik, rumah tu ada serombong asap di dapur. Melalui serombong tu, macam-macam boleh masuk. Bukan setakat Santa Claus. Rusa Santa pun boleh masuk. Uuhuhuhu..cermin rumah especially untuk tingkap bilik hanya guna cermin Nako. Entah betul ke tidak aku eja ni. Lantak la.. kemudian ada la jaring di sebelah dalam rumah. Tapi jaring tu, aku pun boleh potong guna gunting.uhuhu.. apatah lagi manusia lain yang berniat jahat. Kunci rumah pulak, aiii.. sekali orang tendang, pintu pun boleh tercabut.

Aku dengan syikin menghabiskan masa dengan baring merenung siling yang confirm kalau hujan, air akan menitik. Huhu.. pastu mengeluh. Sebab tak tahu nak buat apa. Dah plan dah, kalau pakcik tukang kebun taknak datang mesin rumput kawasan rumah tu, kami sanggup pinjam dan buat sendiri. Hahaha.. sampai tahap tu.

Oleh kerana rumah tu dah lama ditinggalkan, berkemungkinan besar makhluk lain datang menghuni. Bukan superstitious, tapi makhluk sebegitu tetap wujud dan telah pun Allah nyatakan dalam Al-Quran. Aku dengan Syikin tak putus-putus baca doa supaya kami berdua dilindungi. Bila aku nak bukak pintu atau lalu depan bilik kosong yang lain, aku seolah-olah dah bersedia untuk nampak apa sahaja. Aku pun tak tahu bersedia nak buat apa kalau terjumpa apa-apa.. haha.. nak menjerit ke, nak tangkap benda tu ke, nak kejar ke nak lari. Tapi aku macam dah set dalam kepala aku sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tapi Alhamdulillah tak ada benda pelik yang berlaku sepanjang aku kat situ.

Aku dan syikin dah siap jadi tok bomoh jap hari tu. Orang kata ular tak suka pada bau limau purut. Tengah hari tu kami pergi pasar beli limau purut banyak-banyak sampai penjualnya tegur ”nak bomoh pe ni, dik?”..hahhaha…kami sapu limau purut tu kat tingkap, pintu dan lubang-lubang rumah. Bila dah desperate macam ni, apa-apa pun kami sanggup buat. Kalau tak mengalami sendiri, boleh gelak je bila orang cerita. Hehe.. normal la tu.

Pada waktu Maghrib aku dan syikin dah bersedia nak menghadapi malam seterusnya. Pintu dah kunci awal-awal. Tiba-tiba kawan syikin sms and offer bilik untuk disewakan. Aku terus sanggup pergi tengok bilik tu malam tu jugak. Lepas maghrib aku ke rumah kawan syikin, lepas isyak pergi jumpa tuan rumah, pergi tengok bilik. Sebelum 10.30 malam, kami dah pun siap angkut toto masuk bilik tu.hahahaha.. punya la laju giler. Sebab dah tak sanggup nak bermalam di haunted house tu lagi dah.

Respond to this post