<<baru sempat nak update entries dahulu kala..>>
Bila aku sampai rumah guru untuk pengetua yang diberikan kepada kami untuk menginap, aku memang shock giler.. boleh ke orang tinggal dalam umah ni? Rumah banglo setingkat 4 bilik. Rumahnya berbentuk L. Dari ruang tamu ke dapur, memanjang ke bilik orang gaji dan juga stor. Kemudian dari ruang tamu memanjang lagi 90o ke 3 bedroom dan 2 bilik air. Sekali tengok macam hospital. Ruang tamunya sangat luas, boleh main beskal kat dalam umah tu.
Separuh hari kami amik masa untuk sapu rumah, tutup lubang-lubang. Rumah tu entah zaman apa dibina. Pelik betul. Macam haunted house. Haha.. plug dan suis macam rumah nenek aku. Bukan standard kaler putih yang kotak-kotak macam rumah korang tu. Tapi bulat kaler dark brown. Rumah tu banyak betul lubang pengudaraan yang menggalakkan binatang ’menjalar dan merayap’ masuk ke dalam rumah..
Part yang lagi best, tengah kemas-kemas, terjumpa la kulit ular yang ditinggalkan dalam almari pakaian. Ala, ular bersalin kulit, kulit tu la yang ditinggalkan. Aku macam, err betul ke aku nak tinggal kat sini ni? Tapi bila dah check semua kawasan rumah, macam selamat la kot.. K.O.T!!
Daripada maklumat yang sampai kepada aku, sebelum ni ada guru tinggal kat situ. Tapi bila suaminya dapat pindah, si isteri pun dah tak bermalam di rumah tu. Dia menumpang rumah saudara mara. Kemudian bila mereka completely move out, rumah tu ditinggalkan kosong selama 3 or 4 months before kitorang datang. Dalam masa tu la agaknya ular datang bersalin kulit.uhuhu..
Tu baru cerita hal dalam rumah. Banyak la jugak perabot yang takleh pakai dalam rumah tu. Di luar rumah plak, semak samun sekeliling rumah. Macam dah nak tertutup jalan ke rumah tu. Even rumah tu masih dalam kawasan sekolah, tapi sangat terbiar. Siap ada tertulis ’KAWASAN LARANGAN’.hahhaa..
Bilik yang paling elok adalah bilik paling hujung, yang mana setiap kali nak masuk bilik tu, aku kene lalu dulu di hadapan bilik-bilik lain. Uhuhu.. seram..
Malamnya, aku dan syikin a.k.a partner praktikal aku keluar. Ada pasar malam depan sekolah. Dah la setiap kali nak keluar, kene minta pakgad bukak pintu pagar sebab rumah tu dalam kawasan sekolah. Macam tahanan pun ade gak rasenye.hehe..
Sebelum jam 11.30 malam, aku dah terus lena dibuai mimpi sebab penat sangat. Kalau aku terjaga tengah-tengah malam, tak tau la cemana. Tapi sebelum lelap tu, rasa gak homesick sebab sangat-sangat sunyi. Sempat aku terfikir, pagi esok nak drive balik umah. Sebab lagi 2 hari baru start sekolah. Haha.. kalau balik pun ok je, drive tak sampai 3 jam.

bermula la khidupan aku kat sini…huhu..
Posted by en_me on March 3, 2009 at 5:39 am
sonoknyerrr ader umah sendiri ghitewww..
Posted by muzem on March 12, 2009 at 3:11 pm
hi sis.. hows life? hope fine.. bestnyer dah ade asset sendiri.. hehe
Posted by mahani on April 8, 2009 at 3:55 pm
izza, duk situ selama-lamanya ke? huhu..
hati-hati masuk rumah lama ditinggalkan, rajin2 baca quran eh =p hmm, rasanya mesti ayah izza dah tinggalkan banyak pesanan kan? jaga diri, jaga keselamatan, pintu kunci sokmo, jimat letrik..bla bla bla tu yang biasanya mak saya akan pesan la hehe
Posted by Diya Kamaruzaman on April 10, 2009 at 3:22 am
erk, kulit ular baru lepas salin? boleh simpan buat handbag neh. hak hak hak
p/s-salam izza. aduhai lama sungguh tak bertanya khabar [eceh, skema lah pulak =p]. izza sihat2 selalu ya