Entry aku sebelum ni aku dah citer pasal gelembung air yang timbul kat tapak tangan dan tapak kaki aku ni.
Gelembung-gelembung air tu mula timbul kat kaki masa bulan puasa kalau tak silap aku.
Abah suspect jangkitan fungus or scabies. Uhuhuhu.. Abah bagi ubat. Tapi ubat tu dah habis sebelum aku dapat tengok effectnya. Pe nama ubat tu ek, Fucidin kot. Ke ape?
Di Tanjung Malim, aku pergi Pusat Kesihatan UPSI, pembantu perubatan tu pun cakap jangkitan fungus. Pastu dia bagi cream Whitfiled. Pastu aku mintak macam-macam ubat lain. Ubat gastric, vitamin C. Balik dari pusat kesihatan, penuh beg aku dengan ubat. hehehe.. pastu kene cuci kaki guna diluted KMnO4 a.k.a kalium permanganate atau potassium permanganate. haha.. bende tu kitorang selalu main dalam lab kimia la sebelum ni. Isk2, kalau tak cukup leh gak aku gi pow lab aku nanti. Muahaha..

Tapi still tak berkesan. Makin banyak ada la. Merebak lak ke tangan.
Aku pergi sekali lagi kat Pusat Kesihatan tu. BTW, tempat tu memang haunted. Sapa pernah pergi, sure nak pergi lagi. Addicted. Hahaha.. kali ni aku jumpe Dr lak. Dia kata macam allergi. Hmm.. ni first time aku dengar orang kata allergi. Sebelum ni asyik kata scabies je. Ubat yang diberi Betnosone-n. Tapi still kene rendam kaki dalam KMnO4 lagi. Hhmmm.. leceh.
BTW, aku allergi dengan satu benda je. S.A.B.U.N. maybe bagi setengah orang, cam pelik je bila dengar orang allergi dengan sabun. Tapi betul la. Aku sangat allergi dengan sabun. Kalau aku tak guna sabun tertentu, jangan kata aku mengada-ada. Tapi aku memang takleh guna. Kalau sabun mandi or shower cream, aku gune Dettol atau Protex je. Brand lain? Siap la gatal-gatal dan merah-merah badan aku nanti lepas mandi. So, walaupun korang boleh berbangga dengan shokobutsu yang penuh buih-buih itu, aku tak pernah merasanya.
Kalau travel, aku bawak shower cream Dettol aku sendiri. Even family aku guna sabun lain jarang-jarang, aku rela pergi keluar beli sabun sendiri.
Kalau pencuci pinggan mangkuk, aku sangat-sangat tak suka dengan Axion tu. isk, derita betul. Sekali guna pun, habis menggelupas tangan aku. Biasanya aku guna yang jenis cecair tu. Sunlight or whatever namanya.
Tapi sebelum ni allergi aku takde la teruk sampai macam ni. 2 hari lepas aku jadik driver parents aku. Anta Abah kat hospital tempat dia kerja tu, dia bawak aku pergi jumpe Dr. Terus refer doktor pakar kulit.
Maka terjawablah segala persoalan aku selama ni, rupa-rupanya aku ada Eczema or Dermatitis.
Eczema is merely a hypersensitivity reaction; it is not considered a disease and it is not contagious. The skin is simply more reactive to anything that touches it, so it easily itches. Itching will make you scratch so flare-ups will be triggered. Also, one might feel uncomfortable in the presence of water. Many people that have this condition use rubber gloves when washing dishes or doing other daily activities.
Source from here.
Nah, ini ubat aku kali ni. Syukurnya, aku dah boleh tinggalkan KMnO4 itu. Haha..lega betul.
Dr bagi Cetaphil Cleanser, krim Elomet dan jugak krim pelembap untuk elakkan tangan aku kekeringan. Mak aku bagi Fish Oil, sesuai dengan pesakit Eczema. Fuh, kalau aku beli sendiri Fish Oil ni, maunya miskin aku.

Korang mesti pernah dengar ada orang allergi dengan bahan dari rubber, allergi dengan some type of jewellery, ada orang boleh guna emas je tapi besi tak boleh, allergi dengan some chemicals dan juga tangan tidak boleh berpeluh. Macam aku plak, allergen aku atau bende yang menyebabkan aku allergi padanya adalah some type of soap or detergents.
Haha.. bila kene bende ni baru aku studi pasal eczema. Hehe.. main reference aku adalah website ni.
Masa kat MRSM dulu, ada sorang member aku pesakit eczema. Sejak lahir. Eczema ada banyak jenis.
- Atopic dermatitis (biasanya baby kene type yang ni.)
- Contact eczema (aku la)
- Seborrheic eczema
- Nummular eczema
- Neurodermatitis
Contact eczema berlaku bila pesakit ada sentuh allergen tu. Allergen tu akan trigger flare-up or outburst of itching dan gelembung-gelembung air segala. So, to prevent flare-up in the future, aku kenelah berhati-hati dengan sabun yang aku guna. Isk..isk.. aku nak try Shokobutsu. Huhuhu.. hajat yang takkan kesampaian. Bila membayangkan kegatalan dan kesakitan yang bakal dialami, lupakan saja Shokobutsu itu.
BTW, selepas gelembung air tu pecah, kulit akan menggelupas. Dan tengok lah apa yang berlaku selepas tu.
Mujurnya, kaki dan tangan aku cepat dirawat. So, taklah jadi sampai macam tu. menggelupas sikit-sikit je. Habislah reputasi aku sebagai kiddo-handed. Hahaha.. takdelah. Sebelum ni kalau sesiapa yang pernah pegang tangan aku mesti kata “tangan kecik dan lembut, macam tangan budak”. Takpe, nanti sembuh la tu. Cuma kena beringat supaya dapat elak flare-up tu datang lagi.
Owh, baru aku teringat. Aku tak boleh main dengan kucing!!! Alamak! Tu pun sebab eczema ke? Nanti aku buat research dan percubaan lagi next time. Hehe.. aku hanya akan sentuh kucing yang bersih a.k.a kucing yang aku tahu dipelihara dengan baik. Tu pun lepas sentuh dorang, aku kene basuh tangan. Kalau tak, gatal-gatallah jadinya. Kalau kucing jalanan, memang aku takkan sentuh. Bukan aku tak suka kucing, tapi aku tak boleh suka diorang. Uhuhu..
Don’t stare at me. I know you’re cute. But do you know you’re harmful..to me. Don’t worry, i’ll play with you.. sometimes
Ensure you take your bath before playing with me k.
Pic source:howstuffworks.com
Anand kata, aku kene penyakit orang kaya. Kenapa? Memilih dan cerewet. Cesss!!!
Aku selalu terfikir, family aku sangat bahagia, sangat stabil. Aku juga memerhatikan dan tahu setiap orang akan diuji oleh Allah. Aku terfikir apakah ujian untuk aku nanti? Aku sangat takut untuk hadapi ujian kehilangan orang-orang yang aku sayangi. Kalau setakat penyakit ini ujian aku, aku sangat-sangat redha. Kalau dibandingkan dengan ujian orang lain, penyakit aku ni apalah sangat.
Anand bergurau dengan aku. Isk, cemana lah nak kawen nanti. Kalau lelaki tu pekak badak takpe la jugak.
“Awak, saya ada eczema”
“Apa? Awak ada Estima? Bagusnya.”
Hahaha.. memang pekak badak betul la. Tak kisah la. Sapa yang nak kat aku, dia kena la terima aku. Tak nak, sudah!! Haha.. eczema ni bukan jangkit pun. Cuma ada sedikit factor keturunan. Parents aku pun allergi sabun. Cuma tak lah sampai jadi macam aku.
Lagi pun, hidup aku macam orang normal je. Aktif dan riang. Hahahha.. Cuma extra care is needed to prevent future flare-up.
Kalau ada orang nak buat naya kat aku bleh la tukar shower cream aku dengan Shokobutsu. Huhuhu.. Kejam kamu! Takpe, aku dah ada ubat sekarang. Hahahaha *gelak ala2 perempuan jahat dalam cerita Bawang Putih.
Nanti bertambah la benda yang aku kene bawak bila aku kuar umah. Dah la aku tak suka bawak beg. Melenggang kangkung lagi best.
- Purse. Actually aku gune cardholder je. Ekekeke.. Dhaif betul.
- Handset.
- Camera.
- House and Room Keys. Aku malas betul nak bawak bende nih.
- Car Key. Kalau kat kelantan je.
- Gate’s remote control. Ni pun kat kelantan je.
- OINTMENT a.k.a medicine. uhuhuhu..

Posted by Fath on October 29, 2008 at 5:08 pm
Mak aii… panjangnye entriii…
Scabies? Mwahahaha!! Kitorang ada belajar parasitology pasal scabies. Pastu bebudak nih struggle buat pose orang kena jangkitan scabies masa nak amik gambar time majlis berbuka puasa dulu. (Of course kitorang je yang ada time tu. Buat malu je.. Hahaha)… Nasib i tak terlibat..
Saya pun beberapa hari lepas raya ada kena alergi. Gi jumpa doktor gak tapi malas nak sapu ubat. Haha. Biar baik sendiri.
So kira kak izza ni atopic dengan detergent la eh. Hmmph… kasihan…
Posted by mahani on November 3, 2008 at 10:09 am
huhh..banyaknye ubat yg dah izza cuba..hehe, blehlah sy take note.
allergy: takde cara lain, mmg kena avoid la dari allergen tu. izza dtg rumah sy xleh main2 kucing naa… =P
Posted by arasis on November 3, 2008 at 12:13 pm
Fath
haha.. xleh nk bayang dorang tu pose scabies..
Sis ni plak nasib baik bukan scabies. menakutkan la scabies tu, tambah lak boleh jangkit kat orang lain.
sapu, jangan tak sapu. ni sebab tak tahan gatal, sapu je la. nasib baik sis rajin nak belek-belek tangan, belek-belek kaki, sapu-sapu ubat.hehe..
Mahani..
haha.. bagus bakal ahli farmasi kite sorang ni. next time, siap la iza pegi pow ubat banyak2 ngan mahani. hehe.. huhu, boleh tengok kucing dari jauh je la