Betul ke Aiman tak kisah?

Lame dah tulis entry ni. Sejak 15 Okt lagi.

Aiman tak kisah.. tentu semua orang tahu kenapa ayat ni glamer kan. Iklan radio tentang seorang kanak-kanak yang berkawan dengan seorang budak penghidap AIDS. Tak semua orang mampu jadi macam Aiman. Ya, kamu juga tidak mampu. Aku juga ragu-ragu aku mampu atau tidak.

Kawan sewaktu senang, kau mampu cari sampai sejuta. Tapi kawan waktu sukar, kalau kau dapat sorang pun, syukurlah.

Semakin kita diduga oleh Allah, semakin dekat kita dengan-Nya. Pertama kali aku dengar ayat ni, aku tak faham sangat. Tapi bila usia makin meningkat, aku makin faham. Baru-baru ni aku diduga oleh satu penyakit. Cewah, takde la serius sangat. Tapi cukup untuk buat aku berfikir.

Mula-mula dulu ada satu gelembung air kat tapak kaki aku, bila aku pecahkan, ia merebak dan semakin banyak. Aku dah takut dah. Aku tunjuk kat Abah, Abah bagi ubat. Bila aku balik Tanjung Malim, aku dah habis ubat. Aku pergi Pusat Kesihatan Uni. Diberi lagi ubat yang lain. Tapi tak jadi. Kali ni merebak kat tapak tangan pulak. Aku pergi sekali lagi, dan diberi lagi ubat lain. Alhamdulillah, gelembung-gelembung tu dah makin sembuh. Pheww~

Aku tanya Abah, tanya Doktor, tanya abang-abang aku pasal gelembung-gelembung air tu. Apa precautions yang harus aku amik, possibility untuk berjangkit pada orang lain dan macam-macam lagi. Aku basuh semua pakaian aku dengan air panas. Jemur bantal, selipar dan kasut. Sapu ubat setiap masa. Rendam kaki dan tangan dalam air panas.

Bimbang menjangkiti orang lain, aku kurangkan skin contact dengan orang lain. Kesian jugak kalau orang lain pun kene.

Dalam masa yang sama, aku tengok reaksi kawan-kawan aku.

Aku tahu siapa yang concern pasal aku.

Aku tahu siapa yang menjauhkan diri dari aku bila tahu aku kene bendalah ni.

Aku tahu siapa yang menggosokkan tangan pada pakaian mereka bila tersentuh tangan aku.

Aku tahu siapa yang sanggup pegang tangan aku dan belek-belek tangan aku.

Aku tahu siapa yang tenangkan aku bila aku risau. Walaupun diorang kata aku macam kene penyakit kaki, tangan dan mulut sebab gigi aku pun tengah sakit sebab braces ni. Hahaha.. baik punye member.

Aku tahu siapa yang tak kisah pegang plastik barang yang aku dah pegang sebelum tu.

Aku tahu siapa yang mengetuk pintu bilik aku bila aku tak turun berbuka puasa dengan dia.

Aku tahu siapa yang bimbang bila aku tak keluar bilik seharian.

Aku tahu siapa yang tak kisah berkawan dengan aku dan tak kisah pun kalau berjangkit dengan mereka. Katanya, kalau jangkit, boleh mintak ubat dari aku. Hahaha..

Aku tahu siapa yang tak kisah bersama aku seharian walaupun aku mungkin susahkan dia.

Aku tahu siapa yang sanggup duduk tepi aku walaupun dia tahu dia ada possibility untuk jangkit.

Aku tahu siapa yang mengelak dari duduk tepi aku kerana risau aku tersentuh dia.

Aku tahu siapa yang sanggup temankan aku kerana takut aku kebosanan seorang diri bila aku kuarantinkan diri dari orang lain kerana risaukan jangkitkan mereka.

Aku tahu semua tu. Dan aku dapat menilai siapa kawan waktu senang dan siapa kawan waktu susah. Dan aku bersyukur sangat-sangat dengan orang yang concern pada aku.

Dan kamu, janganlah kamu menyalahkan orang sekeliling kalau tiada orang concern tentang kamu. Tanya pada diri sendiri, adakah kamu melayan orang dengan baik sewaktu mereka dalam kesukaran? Mungkin kamu fikir apa yang akan berlaku, kamu masih ada keluarga untuk kamu bergantung. Kerana kamu belum diduga dengan sesuatu yang membuat kamu tidak boleh bergantung pada keluarga.

Sekarang penyakit tu dah beransur hilang. Gelembung-gelembung air dah mula sembuh. And not to worry, takde sorang pun yang berjangkit dari aku setakat ni. Alhamdulillah. Dan aku bersyukur diberi peluang bertemu dengan orang-orang yang bergelar sahabat. Terima kasih, kawan.

Bagi aku, sekali berkawan, selamanya berkawan. Aku tahu bahu siapa yang boleh menenangkan aku sewaktu aku menangis. Aku tahu siapa yang tidak mahu lihat air mata aku tumpah. Dan aku sangat-sangat tahu siapa yang me’lari’kan diri dari aku bila aku sakit. Aku juga tahu siapa yang risaukan aku.Korang boleh cari aku bila korang perlukan aku. And surely korang perlukan aku untuk berseronok. Hahaha.. She said that herself, Yatie :P

Next entry, nanti aku citer pe penyakit aku. And for sure, ia takkan jangkit orang lain. Semalam dah pergi jumpe doktor pakar kulit.

2 Responses to this post.

  1. not to worry.. you have ssoooo many friends to concern about you…… if shes not.. hahahaha….

    Reply

Respond to this post