Kawan aku kawen..

Asal sampai je Tanjung Malim ni, aku akan mula rasa boring. Ni baru je berakar umbi kat sini tak sampai 13 jam, keboringan itu mula menyerap diri. Huhu..

Rumah ni sunyi giler even almost semua housemates aku dah sampai. Hmm.. Jalan-jalan, pusing-pusing tawaf rumah, aku kembali ke meja studi aku ni. Semua pintu bilik lain tertutup even berpenghuni. How I miss my life at boarding school.

Dah bertahun aku fikirkan cara macam mana nak mengatasi keboringan ni. Don’t suggest me to play computer games, I did it zillion times and I’m getting bored to play them anymore. Paling best masa dengan Kak Muhaini dulu. Main games dari malam sampai Subuh. Hahaha.. padahal game MadCaps yang cikai tu je.

Yosh, ada orang nak keluar. Yeay.. nak ikut. Bukan nak keluar sangat pun, tapi aku dah terlampau bosan dok dalam bilik ni. Bukan pergi mana pun, pergi makan je. Orait la tu, dari terkurung dalam oleh dinding 4 segi ni.

Gigi still sakit. Aku jadi Robocop selama 50 hari akan datang. Alkisahnya dentist aku suruh pakai kind of elastic band kat braces aku ni untuk memperbetulkan lower jaw aku yang semulajadi terlebih ke depan. Huhu.. sengsara. Oleh kerana elastic band tu removable, aku tak pakai la bendalah tu time raya sebab nak makan sate. Hehe.. bijak..bijak..

Atas permintaan Mahani yang tak dapat hadir kenduri kawen kawan kitorang, Amira, so kat sini aku nak publish la gambar hari perkahwinannya.

Sejak bila ek aku kawan dengan Mira ni? Darjah 4 rasanya. Isk..isk.. tak sangka dia kawen dulu menjadikan dia orang pertama berkahwin dari kalangan kawan-kawan sekolah rendah aku.

Bila aku tanya cemana dia boleh jumpa Mr Radin Luqman yang sekarang telah bergelar hubby-nya, dia cakap lelaki itu datang tiba-tiba. Isk, sensitif betul dengan ayat tiba-tiba ni. Haha..

Pape hal pun, Selamat Pengantin Baru. Semoga menjadi isteri yang solehah. Semoga kekal hingga ke syurga. Aku tak suka sebut “Semoga kekal hingga ke anak cucu”.. zaman sekarang ni, dah dapat cucu pun boleh nak berpisah lagi. Isk..isk..

Ni plak wedding Anafsah and hubby, Najib.

5 Responses to this post.

  1. izza…. mung ni asyik gi kenduri kawin org jer… bile mung nok suh org gi kenduri kawin mung nie…
    aku dop sabor nok gi nie… hehehhe

    Reply

  2. Posted by arasis on October 7, 2008 at 8:52 am

    syed..
    hehe.. 5, 6 tahun lagi :P

    Reply

  3. Posted by mahani on October 13, 2008 at 1:48 pm

    tgk gmbar izza ng mira tu mcm ada dh seri pngantin tu..bleh la koho2 doh izza..hehe

    Reply

  4. Posted by arasis on October 13, 2008 at 2:01 pm

    aduhai.. ore lain hok kawen, ore lain plok ada seri pngantin. hehe.. lighting tlebih tu, bkn sbb seri pngantin…takpo, koho2..haha..

    Reply

  5. eh, tak sangka anafsah dah kahwin.. hidayah pun dh kahwin.. sape lagi yang dah kahwin ni ? hehe

    Reply

Respond to this post