Buat aku berfikir..

Alhamdulillah.. aku rasa raya kali ni agak bermakna bagi aku dan family. Padahal kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas, raya kali ni tak cukup sempurna sebab abang-abang aku semua tak balik.

Cuma, yang buat aku rasa raya ini sangat bermakna sebab aku terfikir betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada keluarga aku.

Tahun lepas kitorang beraya, Abah tengah sakit. Tahun ni alhamdulillah semua sihat walafiat lebih-lebih lagi Abah. Dapat ke masjid setiap hari. Kami diberi peluang untuk beribadat dan sama-sama mengimarahkan masjid di akhir-akhir Ramadhan. Subuh-subuh pun aku merelakan diri diheret ke masjid. Walaupun kadang-kadang tersengguk time tadah doa.

Pertama, nikmat kesihatan dan umur. Yang kedua yang buat aku rasa bersyukur sangat-sangat adalah kebahagiaan. Aku rasa family aku sangat-sangat bahagia. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia, tapi anugerah Allah kepada insan yang terpilih. Dapat cium pipi Umi dan Abah setiap kali lepas solat berjemaah, aku rasa aku sangat bertuah. Ada orang yang tak pernah ada ingatan cium pipi ibu dan ayah.

Yang ketiga, Allah kurniakan rezeki buat kami. Walaupun baju raya aku sepasang je tahun ni, aku tak kisah sangat. Entah, aku betul-betul tak kisah dengan bilangan baju raya aku tu.. Aku rasa kami sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Berbanding dengan orang-orang yang kurang bernasib baik.Alhamdulillah..

Apa yang buat aku berfikir sebegini? Banyak cerita yang masuk otak aku akhir-akhir ni. Kisah adik Sharlinie yang masih belum ditemui. Kalau aku jadi ahli keluarganya, alangkah sedih. Sebab tu aku masih lagi bersyukur even abang-abang aku tak balik raya, sekurang-kurang aku still dapat contact dorang di pagi raya. Tapi family Sharlinie?

Kawan kepada parents aku baru je bercerai, padahal mereka dah pun pencen. Dah ada cucu pun. Tu yang buat aku terfikir betapa bahagianya keluarga aku. Masih dapat lagi makan semeja waktu berbuka puasa dan bersahur.Macam mana kalau aku jadi anak dorang? Sedihnya. Lepas tu si suami pula jatuh sakit setelah bercerai. Masya Allah, kesian~

Tadi aku tengok berita, kisah pembebasan mangsa culik kapal Melati 2 dan 5 milik syarikat MISC. Alhamdulillah mereka semua selamat. Kemudian kes banjir di Kedah dan Pulau Pinang. Semua itu buat aku berfikir. Kesian, nak beraya cemana kalau dah banjir macam tu.

Bila terfikir semua tu, aku rasa Ramadhan dan Aidilfitri kali ni sangat bermakna bagi aku dan keluarga aku.

* no pics again. Insya Allah, next entry aku citer pasal raya dan disertakan dengan gambar-gambar berwarna-warni.ekekeke..*

4 Responses to this post.

  1. baca entri izza ni… buat diya teringat slh sorg sepupu diya yg tak tahu kat mana die skang… i mean, lepas ayah die kawen lain… mak die lgsg tak bg die jumpa ayah die,ngan atuk nenek diya. tapi, ayah die [ngan his new wife] baliklah beraya thn ni. cuma diya pulak yg terfikir.. mcm mana lah perasaan pak sedara diya tu bile die sndiri tak tahu anak die beraya kat mana… kesian pun ada… tu lah kan. kita ni kira syukur sgt2 dpt beraya ngan family… :)

    Reply

  2. Slamat Hari Raya… Maaf zahir dan batin…

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    Reply

  3. Selamat hari rayer sis! maap salah silap.

    Reply

  4. Posted by mahani on October 6, 2008 at 2:30 am

    hmm..betul betul betul.
    even serba kekurangan, kita kena b’syukur..sbb org lain mgkin lagi susah dari kita..

    Reply

Respond to this post