ko takmo tau pun aku tak kisah..

Semalam aku keluar dengan kawan-kawan sekolah dulu. Tiba-tiba satu perkara dikhabarkan pada aku.

Kau mahu bertunang. Aku agak terkejut. Tapi memandangkan apa yang telah terjadi, kau patut sudah ada pengganti.

Entah betul atau tidak, aku pun tak tahu. Aku sudah agak perkara ini akan berlaku. Sama ada cepat atau lambat, itu saja yang berbeza.

Aku termenung sejenak. Teringat sewaktu aku masih bersahabat dengan kau. Betapa tingginya cita-cita kau. Aku tetap sokong apa yang kau buat. Aku juga masih ingat semangat kau yang mahu berjaya dan membalas jasa orang-orang yang banyak berkorban buat kau.

Tapi, kenapa secepat itu kau mahu mendirikan rumah tangga? Aku kagum jika kau mahu berbuat perkara baik. Tapi aku sedikit kesal. Mana azammu mahu membalas jasa ibu? Jasa abang, jasa kakak. Benar, kau sudah berjaya.

Aku kira kau patut ada pekerjaan, memegang wang sendiri. Dan keluarga sempat merasa kesenangan daripada kau. Baru kau fikirkan soal hidup berpasangan. Aku sebagai sahabat, atau mungkin bekas sahabat atau apa sahaja yang kau label aku dalam hidup kau, aku hanya mahu mengingatkan.

Aku kira jika kau disatukan sekarang, pastinya majlis, hantaran dan sebagainya atas tanggungan keluarga. Aku juga kira kau patut buat yang terbaik untuk si dia. Buat penghargaan padanya. Patutnya persiapan kau lebih elok. Itulah pada perkiraan aku. Mungkin kau punya pandangan lain.

Mungkin juga kau sudah cukup membalas jasa mereka dan tanggapan aku yang silap.

Mungkin juga kau telah berubah. Aku tidak salahkan kau. Manusia memang akan berubah.

Tapi, jika kau membaca tulisan aku kali ini. Kiranya kau sudah melanggar larangan aku. Apa alasanmu?