Gomen..lambat buat tag ni. Bukan apa, sebab nak simpan untuk saat-saat otak takde idea. Macam sekarang ni la. Thanks Fath.
- Write 3 INTERESTING FACTS about the person who tagged you.
- Write 10 INTERESTING FACTS about yourself or your hobby.
- Tag 7 DESERVING RECIPIENTS and describe them.
- Inform the tagged person.
3 INTERESTING FACTS about the person who tagged you.
1. Pendiam. Rasenye lagi mesra di alam cyber berbanding dunia nyata.hehe..still, I enjoyed her company. Ingat lagi tak masa akak refill dakwat printer hari tu? Haha..
2. Talented and I admire her talents.
3. My roommate’s sis, Lila. Tak sangka boleh kenal and contact macam ni.
10 INTERESTING FACTS about yourself or your hobby (buat 50 pun boleh.hihi..coz it’s all about me)
1. Sekarang saya miskin. Hutang berpuluh-puluh ribu dengan PTPTN. Dalam purse juga hanya ada beberapa helai kertas untuk urusniaga.Eh, interesting fact ke ni?
2. Saya seronok menjadi cikgu. Tapi saya sedar passion saya di bidang yang lain. Saya ingin menjadi seorang surirumah yang boleh bermain facebook sepanjang hari.
3. Berfikiran dan berpandangan jauh. Sampai lupa nak berfikiran dekat. Huhu..
4. Entah kenapa kawan2 selalu minta saya organize gathering. Baik untuk sekolah rendah, mahu pun sekolah menengah. Adakah saya sangat berbakat dalam hal2 planning ni? Kalau macam tu, saya nak jadi wedding planner la.
5. Walaupun nampak macam boleh didekati dan suka flirt, tapi dalam soal cinta dan komitmen, makhluk tuhan yang bernama izZa ini penakut macam budak kecik. Tidak mahu risiko, katanya.
6. Happy go lucky.
7. Boleh ketawa ketika menangis.
8. Sangat suka jalan-jalan.
9. Sangat suka DRIVE!! Owh, aku nak marah pada driver kereta Viva kaler hijau yang langgar side mirror Kelisa aku time maghrib kat Jambatan Sultan Yahya Petra hari tu. Buta ke ape? Ko ingat ko sorang je kejar waktu? Isk, sabar izZa. Bulan puasa ni.
10. Dulu macam ade masalah anger management sebab tak dapat luahkan kemarahan. Oleh sebab beberapa peristiwa yang mencabar keimanan aku, sekarang pula masalah anger management sebab takleh nak kontrol marah. Tapi bilaaku marah, aku cepat cool. Adoii la.. kamu alien ke izZa?
7 DESERVING RECIPIENTS and describe them.
1. Nani – hihi.. Dia juara carta best friend saya. sebab untuk mengelakkan dia bosan dan asyik layan jiwang.
2. Sabri – asyik dia je yang ade kat facebook.haha.. taklah, saje nak bagi idea untuk dia update blog dia. sebab saya suka baca blog tu.
3. Kak Sa – sebab nak suruh dia update blog dia. Dah bersawang macam haunted house dah tu. Walau kamu bayar hutang tag hari tu..haha..
4. Che Ah – cik jelita yang baca blog ni tapi jarang bagi komen.Hmpphh! Buat tag ni baru kita boleh jumpa bulan 10 ni nanti.hahaha..
5. Najib – sebab baru link dia semalam.hihi..
6. Kak Lynn – walaupun dia sibuk dengan alam baru, kene jugak buat tag ni.haha..
7. Syed Hafizi – lama tak dengar kabar. Idup lagi ko?
Sila inform beta jika anda dah buat tag ni ye. hihi.. Semua the tagged person tu adalah member2 MRSM dulu. Sangat menarik, bukan?
Mental condition: Pening izZa bila tengok stats blog ni. Macam tak percaya je ramai jugak orang yang visit blog usang ni. Silent readers, saya suka kamu melawat blog ni. Tapi saya lagi suka kalau kamu tinggalkan jejak.hehe.. and to my friends, sila request untuk link kamu terpapar di blog ini.tq..
What they said..